fbpx

Najib saran lanjutan moratorium automatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan pihak bank melanjutkan moratorium bayaran balik pinjaman selama enam bulan secara automatik, memandangkan krisis Covid-19 dunia belum berakhir dan dijangka bertambah teruk sebelum kembali pulih.

Ahli Parlimen Pekan itu menerusi catatan di laman Facebook berkata, bank-bank utama di Malaysia masih mencatatkan keuntungan bagi suku tahun kedua (Q2) 2020, meskipun tempoh tersebut dianggap paling sukar dengan arahan moratorium dan Perintah Kawalan Pergerakan yang menjejaskan operasi.

“Malah ada dua bank (Alliance dan Hong Leong Bank) umum keuntungan lebih tinggi berbanding suku sama tahun lalu.

“Ini bermakna bank masih mampu bertahan dan dalam keuntungan walaupun diancam krisis Covid-19 dan diarahkan untuk memberi moratorium bayaran balik pinjaman,” katanya.

Sementara itu, MIDF Amanah Investment Bank Bhd. dalam laporan yang dikeluarkan semalam mengekalkan saranan ‘neutral’ bagi sektor perbankan di negara ini.

Menurutnya, pinjaman sistem perbankan terus tumbuh pada kadar yang lebih pantas dengan permohonan pinjaman yang kukuh, diterajui permohonan pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan.

“Bank kelihatan lebih berhati-hati dan kualiti aset bertambah baik, tetapi ia mungkin disebabkan oleh moratorium bayaran balik pinjaman.

“Kami mengekalkan pendirian neutral kami dalam sektor perbankan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI