fbpx

Pemohon PA, PPR perlu kemas kini maklumat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggesa pemohon yang membuat permohonan rumah sewa Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dari tahun 1998 sehingga 2018 untuk mengemas kini maklumat permohonan bermula hari ini sehingga 30 November depan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pemohon diminta untuk mengemas kini maklumat tanpa perlu hadir ke pejabat DBKL.

“Bagi pemohon yang memohon sejak 1998 sehingga 2018, mereka diminta untuk kemas kini maklumat dengan melayari http://eperumahan.dbkl.gov.my/eRumah/.

“Beberapa maklumat seperti kad pengenalan, pendapatan, status perkahwinan, tempat tinggal, ahli keluarga, maklumat orang kelainan upaya (OKU) serta butiran harta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, sebarang permasalahan boleh e-mel kepada [email protected] atau hubungi talian 03-26176014.

“Pemohon yang gagal mengemas kini maklumat permohonan akan dikategorikan sebagai tidak aktif tidak akan diproses permohonannya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI