fbpx

Ice Cream Blackpink, Selena menjadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BLACKPINK dan Selena Gomez.

BERGELAR kumpulan wanita paling popular ketika ini, Blackpink sekali lagi menempa rekod apabila single terbaharu berjudul Ice Cream menjangkau 100 juta tontonan dalam laman YouTube.

Jumlah tersebut dicatatkan Blackpink dalam masa hanya 40 jam 56 minit pada tarikh 30 Ogos selepas video muzik rasmi lagu tersebut diluncurkan secara rasmi pada 28 Ogos lalu.

Lagu yang menampilkan kemunculan istimewa Selena Gomez sebagai penyanyi duet menerima komen positif daripada peminat yang menyifatkan konsep karya terbaharu Blackpink itu sangat comel dan berwarna-warni.

Malah, imej Blackpink dan Selena yang tampil mengenakan konsep retro dalam video muzik tersebut menyifatkan penantian untuk melihat gabungan mereka sangat berbaloi.

Ice Cream menjadi single kedua kumpulan yang ditubuhkan pada 2016 itu mencatatkan jumlah tontonan 100 juta selepas lagu How You Like That yang menemui peminat pada 26 Jun lalu dengan 100 juta tontonan dalam masa sehari, lapan jam dan 22 minit.

Lagu Ice Cream dilaporkan akan dimuatkan dalam album terbaharu Blackpink yang dijadualkan memasuki pasaran pada Oktober depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI