fbpx

20 ditahan dalam Ops Ambang Merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ops Ambang Merdeka dilakukan serentak di semua daerah negeri Johor malam tadi.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Seramai 20 individu ditahan polis dalam Ops Ambang Merdeka yang diadakan di semua daerah negeri ini semalam bagi memastikan sambutan malam kemerdekaan tidak dicemari aktiviti tidak sihat.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Superintendan M. Kumarasan berkata, operasi berkenaan memberi tumpuan kepada pemandu mabuk dan aktiviti samseng jalanan.

Katanya, Ops Ambang Merdeka membabitkan seramai 21 pegawai dan 167 anggota.

“Dalam operasi tersebut, seramai 11 individu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol, tujuh ditahan di bawah operasi samseng jalanan, manakala dua ditahan kerana positif penyalahgunaan dadah.

“Sementara itu, polis turut mengeluarkan sebanyak 589 saman melibatkan pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen, mengubah suai kenderaan, nombor pendaftaran dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Kumarasan, pihaknya turut menyita sebanyak 74 buah kenderaan pelbagai jenis.

Tambahnya, sepanjang Ogos tahun ini, pihaknya telah melakukan sebanyak 45 Ops Mabuk dengan menahan seramai 72 individu, manakala 21 Ops Samseng Jalanan dibuat dengan 40 tangkapan dibuat.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI