fbpx

Klopp jangka aksi sengit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP mengakui Liverpool tidak akan berdepan laluan mudah walaupun dianggap pasukan pilihan menjulang Perisai Komuniti malam ini. – AFP

LIVERPOOL – Meskipun dianggap sebagai pasukan pilihan, namun pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan Arsenal mampu berikan tentangan sengit pada aksi Perisai Komuniti di Stadium Wembley malam ini.

Klopp mengakui skuad kendaliannya berada dalam kea­daan terbaik selain berpuas hati dengan kem latihan yang dijalani pasukannya di Austria sebelum ini.

Justeru, beliau percaya kem latihan yang dijalani sebelum ini mampu membantu mereka untuk melakar kemenangan ke atas Arsenal sekali gus menjadi permulaan terbaik menjelang musim baharu.

“Situasi tidak memihak kepada kami ketika ini kerana beberapa pemain alami kecederaan tetapi ia tidak serius. Saya gembira kerana semua pemain dapat ikuti kem latihan.

“Kami akan beraksi menentang Arsenal pada perlawanan Perisai Komuniti dan saya akui, bukannya mudah berdepan mereka kerana Arsenal sebuah pasukan yang sukar untuk ditewaskan,” kata Klopp.

The Reds pastinya berada dalam situasi lebih baik menje­lang perlawanan malam ini apabila menang 3-0 ke atas Stuttgart selain seri 2-2 menentang RB Salzburg pada aksi persahabatan terdahulu.

“Kem latihan ini sangat membantu kami mengembalikan kecergasan pemain dan saya gembira dapat melakar kemenangan dalam satu daripada dua perlawanan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI