fbpx

Ballon d’Or ketujuh di Manchester

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI mampu menambah koleksi Ballon d’Or sekiranya memilih untuk bersama salah satu pasukan di Manchester. – AFP

MANCHESTER – Bekas kapten Manchester United, Wayne Rooney mengakui bahawa bintang dunia, Lionel Messi mampu merangkul Anugerah Ballon d’Or buat kali ketujuh di Manchester sekiranya dia meninggalkan Barcelona.

Messi membuat kenyataan untuk meninggalkan Camp Nou dan antara kelab yang didakwa mampu untuk mendapatkan khidmat pemain Argentina berkenaan adalah dua pasukan berseteru di Manchester, Manchester United dan Manchester City.

United dan City dikatakan antara kelab elit yang mempunyai kemampuan kewangan dan situasi itu menyaksikan kedua-dua pasukan bakal berdepan pertarungan melibatkan jumlah dana yang besar bagi mendapatkan Messi.

Rooney yang merupakan penjaring terbanyak dalam sejarah United mengakui bahawa sangat teruja untuk menyaksikan Messi beraksi di England.

“Saya tahu usianya makin meningkat tetapi dia adalah seorang pemain yang kita tidak pernah lihat sebelum ini.

“Messi memiliki segala-galanya, dia mampu mencipta gerakan gol, menjaringkan gol, mendominasi perlawanan dan dia adalah pemain terbaik sepanjang zaman.

“Dia satu-satunya pemain yang saya akan duduk me­nyaksikannya kemudian berasa kagum. Dia dan Cristiano Ronaldo telah mencipta satu standard baharu bola sepak dan mustahil pemain seperti mereka akan muncul lagi selepas ini tetapi bagi saya Messi berada pada tahap berbeza,” katanya.

Bagaimanapun, City disebut sebagai pasukan paling hampir untuk mendapatkan Messi ke­rana hubungan baiknya dengan Pep Guardiola selain faktor rakan sepasukan kebangsaannya, Sergio Aguero.

Rooney berpendapat, Messi boleh memilih salah satu daripada kedua-dua pasukan ini kerana United memiliki Bruno Fernandes, manakala City mempunyai Kevin De Bruyne yang mampu membantunya merangkul Ballon d’Or.

“Saya tidak fikir Messi akan ke Amerika Syarikat kerana dia terlalu bagus untuk beraksi di sana. Dia patut ke Liga Perdana Inggeris dan memenangi Pemain Tahunan Terbaik.

“Jika Messi bersama Fernandes ataupun De Bruyne, dia akan meraih Ballon d’Or ketujuh,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI