fbpx

Program EPIC Cakna dan Prihatin bantu miskin bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saabi (kiri) menyerahkan bantuan kepada salah seorang penerima program EPIC Cakna dan Prihatin di Chukai hari ini.

KEMAMAN – Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) komited menjalankan program tanggungjawab korporat sosial membantu golongan memerlukan biarpun sedang berhadapan dengan kekangan pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC Berhad, Saabi Wahab berkata, program EPIC Cakna dan Prihatin yang bermula sejak tahun lalu bukan sahaja diteruskan malah akan dijadikan sebagai agenda tahunan anak syarikat kerajaan negeri Terengganu tersebut.

Beliau berkata, program EPIC Cakna dan Prihatin berkenaan menyasarkan golongan miskin bandar di Terengganu yang berpendapatan bawah RM2,000 sebulan dan mempunyai ramai tanggungan.

“EPIC membantu meringankan beban golongan sasaran itu dengan menghulurkan barangan keperluan dan wang tunai.

“Setakat ini, program EPIC Cakna dan Prihatin telah menjelajah dua kawasan sasaran termasuk Chukai pada hari ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Chukai, Hanafiah Mat menziarahi 30 rumah penerima di sekitar daerah ini untuk menyampaikan bantuan.

Saabi berkata, sebelum ini, program EPIC Cakna dan Prihatin tersebut telah menjelajah kawasan Bandar, Kuala Terengganu.

Menurut beliau, dua kawasan lagi daerah Besut dan Hulu Terengganu akan diziarahi menjelang akhir tahun ini bagi
menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan.

“Program ini secara tidak langsung juga memupuk semangat sukarelawan dalam kalangan kakitangan EPIC,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI