fbpx

Kluster Tawar, Sivagangga mungkin daripada kumpulan sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 dalam Kluster Tawar di Kedah dan Kluster Sivagangga dipercayai daripada sumber sama.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, virus di Kluster Tawar yang diuji oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) didapati daripada kumpulan sama dengan Kluster Sivagangga.

“Empat sampel virus Kluster Tawar ini dibandingkan dengan tiga sampel virus Kluster Sivagangga dan hasil menunjukkan bahawa ketujuh-tujuh virus ini adalah daripada kumpulan sama.

“Ini mencadangkan bahawa Kluster Tawar dan Kluster Sivagangga adalah daripada sumber yang sama. Namun begitu, siasat lanjut masih dijalankan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, kementerian masih menyiasat mana-mana pesakit Covid-19 dari Kluster Tawar yang ada kaitan dengan Kluster Sivagangga memandangkan hasil ujian makmal IMR mendapati kedua-dua kluster tersebut mempunyai mutasi D614G.

“Siasatan epidemiologi dijalankan bagi mengenal pasti pesakit mana (Kluster Tawar) yang ada kaitan dengan Kluster Sivagangga.

“Sebanyak 14 sampel telah diambil daripada Kluster Tawar bagi tujuan full genome sequencing dan empat sampel telah didapati mempunyai mutasi D614G,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI