fbpx

JAS Perak keluar 305 kompaun dalam Ops Gempur Zon Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan JAS Perak menjalankan pemeriksaan terhadap pelepasan asap hitam dari kenderaan dalam Ops Gerak yang diadakan di RTC Gopeng hari ini.

Oleh SHAARANI ISMAIL

GOPENG – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak mengeluarkan sebanyak 305 kompaun berjumlah RM610,000 dalam Ops Gempur Zon Utara yang dilaksanakan di tiga kawasan perindustrian di negeri ini bermula 24 hingga 26 Ogos lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, operasi itu membabitkan pemeriksaan di 54 premis di kawasan perindustrian Keramat Pulai, Pengkalan dan Chepor di sini.

“Selain mengeluarkan 305 kompaun, JAS turut mengeluarkan 46 arahan di lapangan, 47 notis arahan serta membuka dua kertas siasatan mengikut Peraturan Kualiti Alam Sekeliling Udara Bersih 2014.

“Sebanyak 28 sampel bahan buangan terjadual turut diambil untuk dianalisa sepanjang ops berlangsung,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ops Gempur dan Ops Gerak JAS Perak di Pusat Trasformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah JAS Perak, Rosli Zul dan Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perak, Azizah Ahmad.

Dalam pada itu mengulas kejayaan Ops Gerak yang bermula 25 hingga 27 Ogos yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), AADK, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan PLUS Bhd., Ahmad Saidi berkata, sebanyak 107 kenderaan diperiksa dengan 16 kompaun berjumlah RM36,000 dikeluarkan.

Katanya, Ops Gerak bersepadu itu dilaksanakan bagi memantau pematuhan peraturan khusus membabitkan pelepasan asap dari lori, bas dan kenderaan besar yang lain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI