fbpx

Pesara polis maut langgar pokok kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang maut di lokasi kejadian selepas melanggar pokok kelapa sawit di kebunnya hari ini.

KUALA LANGAT – Seorang pesara polis maut selepas motosikal yang dinaiki hilang kawalan sebelum melanggar pokok kelapa sawit di kebun miliknya di Kanchong Darat, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.15 pagi apabila Tashiron Marpongi, 61, sedang menunda gerabak sawit untuk pulang ke rumahnya.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian mangsa yang merupakan bekas anggota polis di Balai Polis Putra Height dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke bahu kanan jalan.

“Mangsa juga kemudiannya telah melanggar pokok kelapa sawit di kebunnya itu dan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat,” kataya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kes tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI