fbpx

Toyota Hilux edisi 2020 lebih berkuasa, jimat minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota) sudah memperbaharui model trak pikap Hilux bagi tahun 2020 dengan beberapa penambahbaikan soal kosmetik, prestasi dan keselamatan.

Sebanyak lima varian Hilux ditawarkan ke pasaran tempatan iaitu: 

  • Double Cab 2.4 E – baharu
  • Double Cab 2.8 Rouge – pengganti varian Double Cab 2.8 Black Edition 
  • Double Cab 2.4 V – versi naik taraf Double Cab 2.4 L-Edition
  • Double Cab 2.4 G 
  • Single Cab 2.4 

Double Cab 2.4 G dan Single Cab 2.4 menggunakan kotak gear manual manakala tiga varian lain dalam siri Hilux didatangkan dengan transmisi automatik.

Berhubung pilihan warna Hilux 2020 , UMW Toyota menyediakan tujuh pilih iaitu Bronze Mica Metallic (warna baru), Crimson Spark Red Metallic, Attitude Black Mica, Phantom Brown Metallic, Medium Silver Metallic, Silver Metallic  dan Super White II.

Cuma pembeli varian Hilux Single Cab, anda hanya ditawarkan dengan warna Solid White.

Model Hilux kini menggunakan enjin 1G-FTV 2.8 liter turbodiesel yang menerima penambahbaikan untuk meningkatkan output kuasa dan tork. Enjin ini mampu menjana kuasa sebanyak 204PS pada 3,400 rpm (27PS lebih tinggi) dan tork maksimum 500 Nm yang dicapai antara 1,600 rpm hingga 2,800 rpm (tambahan 50Nm).

Menariknya, enjin yang mamp meledakkan lebih berkuasa ini tidak menyaksikan peningkaytan penggunaan bahan api. Ini disebabkan Hilux 2020 menggunakan pam bahan api dua-peringkat yang boleh menukar tekanan minyak mengikut kesesuaian.

Sebagai tambahan, ciri penyejuk pra-EGR (Exhaust Gas Recirculation) sejukan cecair jenis paip berkembar turut dipasang untuk mengoptimumkan suhu gas EGR.

Sistem rak bantuan kuasa bagi stereng Hilux ini dilengkapi sistem Variable Flow Control(VFC) untuk mengurangkan beban pada pam stereng kuasa, sekali gus menyumbang kepada penjimatan bahan api. 

Pada masa yang sama, pemandu akan menikmati kendalian stereng yang lebih baik, iaitu lebih ringan dalam kelajuan rendah dan lebih berat ketika trak bergerak lebih laju. Hilux turut didatangkan dengan ciri Limited Slip Differential (LSD) automatik.

Pakej Toyota Safety Sense

Sistem ini membabitkan tiga rangkaian sistem berbeza iaitu:

  • Sistem Prapelanggaran (PCS)
  • Kawalan Melayar Radar Dinamik (DRCC) 
  • Amaran Pertukaran Lorong (LDA) dengan ciri Yaw Assist.

Hilux edisi 2020 mendapat sentuhan lebih segar termasuk bampar depan, gril serta kemasan lampu kabus. Varian Double Cab 2.8 Rogue mendapat reka bentuk berlekuk pada bahagian bonet dan juga plet perlindungan bawah enjin. Varian Hilux paling asas pula menerima rim rekaan baharu berukuran 17 dan 18 inci.

Ruang kabin Hilux dikemas kini khususnya pada bentuk meter, bahagian kunci dan ada tambahan pencahayaan pada panel pintu. Varian paling asas Hilux menerima panel skrin paparan pelbagai maklumat (MID).

Harga

Hilux yang ditawarkan menerusi semua pengedar sah Toyota di seluruh negara dengan anggaran harga bermula serendah RM93,880 hingga RM148,880.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI