fbpx

Polis buru suspek terlibat dalam pergaduhan di Pudu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pergaduhan yang berlaku di Pudu, hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu suspek yang terlibat dalam satu pergaduhan di hadapan premis Home Taste Veggie, Jalan Landak, Pudu di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Fahmi Visunathan Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 3.11 pagi memaklumkan bunyi bising di kawasan terbabit.

“Bertindak atas maklumat tersebut, anggota Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi digerakkan ke lokasi berkenaan. Bagaimanapun, sebaik anggota tiba, tiada sebarang pergaduhan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, ekoran kejadian itu polis telah berjaya mengesan dua orang mangsa yang dipukul dalam pergaduhan tersebut dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.

“Setakat ini, tiada laporan dibuat oleh mana-mana pihak yang terlibat, namun siasatan dibuka susulan satu laporan polis telah dibuat oleh Petugas Pusat Kawalan Polis Dang Wangi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dengan menggunakan senjata,” ujarnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI