fbpx

Calon BN pakai baju berlogo parti dilarang masuk ke pusat undi awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. ZAIDI (kanan) dihalang untuk memasuki pusat pengundian awal di IPD Muallim pagi tadi kerana memakai baju berlogo BN.

TANJUNG MALIM – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Zaidi Aziz tidak dibenarkan masuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim di sini hari ini untuk meninjau proses pengundian awal disebabkan memakai baju berlogo parti.

Mohd. Zaidi yang tiba di pintu masuk IPD Muallim pada pukul 9.45 pagi itu ditegur petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan beliau diminta menukar baju sebelum dibenarkan masuk untuk melakukan tinjauan pengundian.

Ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan, Mohd. Zaidi mengaku dia terlupa untuk menukar baju korporat yang tertera logo BN memandangkan baru selesai menghadiri program berjumpa pengundi sebelum itu.

“Selepas solat Subuh tadi, saya ada beberapa program bersama pengundi dan terlupa nak tukar baju dan terus ke sini.

“Apabila sampai di IPD Muallim, saya terus turun dari kereta sehinggalah ditegur petugas SPR yang meminta saya menukar baju kerana baju saya mempunyai logo parti,” katanya.

Tambah Mohd. Zaidi, perkara tersebut tidak menjadi masalah buatnya memandangkan ada membawa baju lain di dalam kereta.

“Selepas menukar baju kemeja, saya kembali semula ke IPD Muallim untuk membuat peninjauan proses undian awal oleh anggota polis,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI