fbpx

Laporan Kewangan TH sebelum tamat sesi kedua parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zulkifli semasa pelancaran Muafakat NGO Islam di sini hari ini.

SHAH ALAM – Laporan kewangan Tabung Haji (TH) bagi tahun 2018 dan 2019 akan dibentangkan selewatnya Khamis depan sebelum tamat sesi mesyuarat kedua sidang parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Kementerian Kewangan ketika ini dalam proses akhir semakan semula laporan tersebut.

“Semakan sedang dilakukan Kementerian Kewangan dan InsyaAllah sebelum sidang parlimen berakhir (Khamis depan) , laporan akan dibentangkan,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Muafakat NGO Islam di sini hari ini.

Terdahulu, bekas Pengerusi TH, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim mempersoalkan tindakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa yang gagal mengemukakan laporan kewangan institusi itu sepanjang berada di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Pemuda Amanah kemudiannya baru-baru ini dikatakan mencabar Zulkifli membentangkan laporan tersebut dalam persidangan Parlimen.

Dalam perkembangan sama, Zulkifli menegaskan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH, bergantung kepada pertimbangan Kementerian Kewangan.

“Kementerian Kewangan perlu memperhalusi pelbagai isu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan dengan penubuhan tersebut,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI