fbpx

Jual motor curi untuk beli tudung isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK berbaju jingga berjaya diberkas di rumahnya semalam. – INEWS

JAKARTA – Seorang penganggur di Indonesia nekad mencuri dan menjual motosikal milik jiran bagi membeli pakaian terutama tudung untuk isterinya dalam kejadian di Blora, Jawa Tengah, lapor portal berita I News semalam.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Kulonprogo, Asisten Komisioner Munarso berkata, suspek yang baru pulang ke rumah ternampak sebuah motosikal di luar rumah mangsa.

Dia kemudian cuba menghidupkan enjin motosikal tersebut menggunakan kunci miliknya baru-baru ini.

“Apabila suspek berjaya menghidupkan enjin motosikal itu menggunakan kuncinya sendiri, tanpa berlengah dia membawa lari kenderaan tersebut.

“Suspek membawa motosikal curi itu ke rumah rakannya di Sukoharjo dan menyatakan kende­raan tersebut dibeli di kedai pajak gadai. Dia menjual motosikal curi itu pada harga 700,000 rupiah (RM198),” kata Munarso.

Tambah ketua polis itu, siasatan membawa kepada penahanan suspek di kediamannya. Polis turut merampas pelbagai barangan termasuk beberapa helai baju, tudung, sebuah motosikal dan sebentuk kunci.

Sementara itu, suspek ketika ditemui berkata, dia terdesak melakukan perkara tersebut ke­rana tiada wang untuk membeli barang keperluan keluarga.

“Saya terpaksa melakukannya kerana keadaan ekonomi sekarang dan tidak lagi bekerja, dalam masa sama, saya perlu memenuhi keperluan harian.

“Wang hasil jualan motosikal, saya guna untuk beli baju dan tudung untuk isteri selain barang-barang dapur,” katanya – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI