fbpx

Tiga kluster tamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan memaklumkan tiga kluster iaitu Kluster Elsa, Kluster Stutong dan Kluster PUI Al-Khobar ditamatkan hari ini menjadikan 82 kluster tamat setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ketiga-tiga kluster tersebut ditamatkan selepas pemantauan dan pengawasan untuk tempoh 28 hari.

Menurutnya, Kluster Elsa di Kuantan, Pahang membabitkan empat kes dilaporkan merangkumi satu warga Malaysia dan tiga warga asing serta tiada kes kematian dilaporkan.

“Seterusnya, Kluster Stutong di Kuching, Sarawak membabitkan tujuh kes warga Malaysia dan tiada kematian dilaporkan.

“Kluster PUI Al-Khobar pula di Petaling, Selangor dengan dua kes warga Malaysia serta tiada kematian dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Kluster Elsa susulan warga asing yang juga krew kapal mempunyai sejarah perjalanan menaiki kapal terbang dari Filipina dan transit di Korea serta masuk ke negara ini pada 16 Julai untuk mula bekerja.

Selain itu, Kluster Stutong pula dikesan hasil saringan penjaja di sebuah pasar di Stutong, Sarawak.

Kluster PUI Al-Khobar pula susulan warga Malaysia pulang dari Arab Saudi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI