KUALA LUMPUR – Kos melancong dalam negara yang kini berada pada harga lebih rendah iaitu antara 15 hingga 20 peratus memberi peluang kepada rakyat Malaysia menyokong industri pelancongan domestik.
Ketua Negara OYO Malaysia dan Singapura, Tan Ming Luk berkata, perubahan ketara bagi harga kos penginapan dan logistik berbanding sebelum PKP dilaksanakan adalah kerana lebihan penawaran dalam sektor perhotelan dan harga bahan api yang lebih murah.
Menurut beliau, pengunjung kini boleh mendapatkan bilik untuk dua orang pada kadar serendah RM40 di OYO, manakala hotel mewah turut dilihat menawarkan diskaun menarik.
“Fokus industri ketika ini sepatutnya mengembalikan keyakinan dan minat rakyat Malaysia untuk keluar melancong, susulan kebimbangan akibat penularan wabak Covid-19 sebelum ini.
“Keutamaan kami ialah keselamatan tetamu dan semua hotel OYO mengguna pakai sistem operasi standard (SOP) yang disyaratkan Kementerian Kesihatan seperti penjarakan fizikal, proses nyahkuman dan sentuhan minimal ketika melakukan daftar masuk.
“OYO juga telah berhubung dengan setiap kerajaan negeri bagi membangunkan promosi serta kempen untuk merancakkan kembali industri pelancongan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di ibu pejabat OYO Malaysia di Mid Valley di sini baru-baru ini.
OYO kini bekerjasama dengan hampir 800 buah hotel di 75 bandar seluruh negara, melibatkan penawaran lebih daripada 20,000 bilik.
Jenama tersebut yang telah beroperasi di negara ini sejak penghujung tahun 2017 memberikan sokongan jenama yang kukuh, SOP serta saluran jualan online dan offline kepada rakan hotel dengan pengenaan bayaran berasaskan komisen.
Menurut Ming Luk, purata kadar sewaan bilik bagi OYO Malaysia pada Julai lalu berada pada paras 35 hingga 40 peratus dan pihaknya telah mula menyaksikan peningkatan kehadiran tetamu terutamanya di kawasan tumpuan pelancong yang mudah diakses melalui perjalanan darat seperti Melaka dan Pulau Pinang.
Katanya, sebelum ini, lebih daripada 90 peratus daripada pelanggannya terdiri daripada pelancong domestik.
“Disebabkan faktor berkenaan, prestasi kami jauh lebih baik daripada hotel empat atau lima bintang.
“Saya yakin syarikat mampu mencapai semula paras sewaan sebelum Covid-19 iaitu pada sekitar 60 peratus.
“Namun kadar itu bakal dicapai dalam tempoh setahun lagi,” katanya.
Ditanya mengenai impak negatif Covid-19 kepada syarikat, Ming Luk menerangkan, syarikat terpaksa memberhentikan sekitar 10 peratus pekerja bagi mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan.
Home » Kos pelancongan lebih murah 20 peratus
Kos pelancongan lebih murah 20 peratus
- Oleh KOSMO!
- 20 Ogos 2020, 10:04 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TERKINI
BERITA BERKAITAN

Lesap RM5,000 nak sewa rumah, rupanya unit Airbnb
27 April 2025, 5:24 pm

Universiti Al-Azhar setuju beri diskaun kepada pelajar perubatan tajaan Mara
21 April 2025, 10:10 am

‘Influencer’ Thai minta maaf pakai jubah promosi babi panggang
18 April 2025, 9:17 am

[VIDEO] Kambing ‘promosi’ jeruk mangga Aliff Syukri tarik perhatian
14 April 2025, 3:12 pm

‘Jangan suka hati cakap orang murah, itu biadab!’
12 April 2025, 11:30 am

Alex Castaldi terajui Sunway Hospitality Group
9 April 2025, 6:27 pm

3 hotel dikendali warga asing ditutup serta-merta
23 Mac 2025, 1:25 pm

Harga paling murah, terima kasih Ramanan – Pengunjung
23 Mac 2025, 9:05 am