fbpx

Khairuddin akan akur dengan KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRUDDIN (tiga dari kiri) dipakaikan pangkat Pesuruhjaya APM Kehormat oleh Mohd. Redzuan (dua dari kiri) pada majlis perjumpan dengn warga APM Terengganu di Kuala Terengganu malam tadi.

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali yang didakwa tidak mematuhi peraturan kuarantin 14 hari selepas pulang dari luar negara menyerahkan isu itu kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, beliau juga akan akur dengan apa juga ketetapan dan keputusan kementerian tersebut kelak.

“Tunggu kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan KKM. Saya akan akur dengan apa sahaja kenyataan dikeluarkan (KKM),” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Terdahulu beliau menerima pangkat Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kehormat daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof.

Sebelum ini tular dakwaan Khairuddin tidak mematuhi perintah kuarantin selepas pulang dari lawatan tidak rasmi di Turki pada 3 Julai hingga 7 Julai lalu sebaliknya menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada 13 Julai lalu.

Ujian Covid-19 yang dilakukan beliau sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebaik balik daripada lawatan rasmi itu pula disahkan negatif.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI