fbpx

Noor Hisham Tokoh Maal Hijrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham (kiri) menerima sijil penghargaan selepas diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H/2020M hari ini.

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H/2020M.

Pengumuman itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2020 di Masjid Negara semalam.

Di majlis penganugerahan itu, Noor Hisham menerima pingat serta sijil penghargaan daripada kerajaan Malaysia.

Selain itu, Tokoh Ma’al Hijrah Antarabangsa 1442H/ 2020M pula dianugerahkan kepada Syeikh Al Azhar Al-Syarif, Syeikh Prof. Dr. Ahmad Tayyib. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI