fbpx

KBS mula salur bantuan Inisiatif Prihatin Sukan 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN Ahmad Fayhsal (tengah) memegang replika Inisiatif Prihatin Sukan 2020 kepada salah seorang wakil persatuan dan kelab sukan berdaftar di bawah PJS di Putrajaya hari ini.

SEBANYAK 50 persatuan dan kelab sukan berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) merangkumi Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) dan Persatuan Sukan Untuk Semua menerima surat kelulusan di bawah Inisiatif Prihatin Sukan 2020.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, sehingga 19 Ogos, sebanyak RM2 juta telah dipertimbangkan menerusi satu Jawatankuasa Khas dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk M. Noor Azman Taib.

“Lebih banyak persatuan dan kelab sukan akan menerima manfaat kerana KBS masih lagi mempertimbangkan pemberian kelulusan kepada permohonan yang layak secara berperingkat,” katanya.

Turut hadir dalam Majlis Penyerahan Surat Kelulusan Inisiatif Prihatin Sukan 2020 di Menara KBS, Putrajaya itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Ramona Mohd. Razali dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Datuk Hatipah Ibrahim serta pengurusan kanan kementerian.

Inisiatif Prihatin Sukan 2020 yang dilancarkan pada 17 Jun lalu adalah satu inisiatif KBS bagi memberikan sinergi baharu pasca Covid-19 dalam kalangan pemegang taruh terutama persatuan dan kelab sukan serta rekreasi di semua peringkat.

Sebanyak RM10 juta diperuntukkan di bawah inisiatif tersebut merangkumi RM2 juta bagi bantuan pengurusan Persatuan Sukan Kebangsaan dan RM5 juta untuk bantuan menjalankan program serta aktiviti.

Baki RM3 juta pula untuk bantuan pendigital sukan serta pengkomersialan sukan dengan kerjasama Institut Sukan Negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI