fbpx

Malaysia #Quranhour tetap dilaksana musim Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub (duduk tengah) menunjukkan simbolik kempen Malaysia #Quranhour pada sidang akhbar di Kompleks Karangkraf, Shah Alam, hari ini. FOTO : ISKANDAR SHAH MOHAMED

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Penularan pandemik Covid-19 bukan faktor penghalang bagi pelaksanaan program Malaysia #Quranhour yang diteruskan buat kali keenam pada 30 Ogos depan.

Program tahunan bertemakan Malaysia Harmoni: Pembinaan 12 Personaliti ‘Ibadurrahman’ itu julung kali akan dilaksanakan tanpa penyertaan orang awam bagi mengelak penularan pandemik.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, pihaknya yakin program itu masih mencapai objektif menarik penyertaan semua lapisan usia walaupun dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Sejak lima tahun lalu, Malaysia #Quranhour menerima sambutan memberangsangkan di seluruh negeri sama ada penganjuran di masjid atau lokasi lain.

“Kini, biarpun dilaksanakan hanya menerusi siaran langsung, kami percaya langkah itu lebih berkesan kerana dapat mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Karangkraf di sini, hari ini.

Malaysia #Quranhour hanya akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), Al-Hijrah, Astro Oasis dan Bernama TV selain platform digital lain.

Program berinteraksi dengan al-Quran melalui bacaan, faham dan amal bermula pukul 12 hingga 1 tengahari itu turut akan disiarkan menerusi radio IKIM dan Zayyan.

Ujar Hussamuddin, Malaysia #Quranhour kali ini mengetengahkan Surah Ar-Rahman, Surah Al-Furqan dan hadis mengenai empat tindakan Rasulullah S.A.W ketika memasuki Madinah.

“Ia melibatkan 12 personaliti Ibadurrahman antaranya tawadduk, berbudi bahasa, bertauhid, menjauhi zina, taubat nasuha dan memohon kebaikan untuk keluarga,” katanya.

Justeru, pihaknya mengharapkan sokongan  sinergi rakan media tempatan membantu kesinambungan program itu terutama menjelang hari kemerdekaan negara.

“Usaha kempen #Quranhour ini diharap merealisasikan matlamat ‘MengQurankan Bangsa, Mengikhlaskan Ummah’ sekali gus menjadikan Malaysia negara yang makmur dan dirahmati Allah,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI