fbpx

Industri jualan langsung dijangka cecah RM20 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Jumlah jualan tahunan bagi industri jualan langsung dijangka mencecah RM20 bilion tahun ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, jumlah jualan industri itu sudah pun mencecah RM16.9 bilion sehingga Julai lalu.

“Satu perkara yang boleh dibanggakan ialah laporan yang kita terima daripada Persatuan Edaran Terus Malaysia (MDDA) menyatakan nilai jualan meningkat 20 hingga 30 peratus semasa Perintah Kawalan Pergerakan lalu,” katanya ketika menjawab soalan daripada Pang Hok Liong (PH-Labis) semasa sesi Dewan Rakyat di bangunan Parlimen pagi tadi.

Hok Liong bertanya mengenai jumlah nilai dijana industri jualan langsung di negara ini dan langkah mengawal industri jualan langsung.

Katanya, industri itu telah mencatatkan RM13.6 bilion nilai jualan pada 2017, meningkat ke RM15.9 bilion pada 2019 dan seterusnya kepada RM17.9 bilion pada tahun 2019.

Ujar Rosol, jualan langsung menjadi salah satu aktiviti ekonomi yang disertai orang ramai untuk menambah pendapatan akibat kehilangan pekerjaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, bagi membezakan perniagaan pemasaran jualan langsung (MLM) dengan skim piramid, perniagaan MLM wajib berdaftar dengan Kementerian KPDNHEP dan tertakluk di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993.

“Mereka perlu menyediakan pelan perniagaan syarikat yang tidak menjurus kepada skim piramid.

“Kedua, syarikat tidak mempunyai aduan berkaitan salah laku dan memastikan produk mendapat kelulusan daripada agensi seperti Kementerian Kesihatan, Sirim Bhd., dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,” jelasnya ketika menjawab soalan tambahan daripada Hok Liong. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI