fbpx

Kemalangan tular tiada unsur khianat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siasatan mendapati kejadian berlaku disebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan ketika cuba mengelak lopak air.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan bahawa terdapat unsur khianat dalam satu kejadian kemalangan melibatkan sebuah kereta di Lebuh Raya Persekutuan memasuki Subang Jaya (SA16) pada 17 Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1 pagi itu melibatkan seorang wanita berusia lewat 30-an yang memandu sebuah kereta jenis Honda Insight Hybird berwarna putih.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku disebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan ketika cuba mengelak lopak air selepas kawasan tersebut hujan lalu terbabas dan melanggar tembok di selekoh jalan.

“Keterangan daripada saksi yang membantu mangsa pula menyatakan tidak berlaku kes khianat tuang minyak di atas permukaan jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Azman, individu yang merakam kejadian tersebut masih belum dapat dikenalpasti dan kes diklasifikasikan sebagai Rule 10 LN 166/59 iaitu memandu dengan cuai dan saman juga telah dikeluarkan kepada pemandu kereta berkenaan.

“Orang ramai diseru agar lebih berintegriti dalam menyebarkan berita dan berbudi luhur dalam membina masyarakat yang harmoni.

“Berita yang belum disahkan kesahihannya mudah menarik perhatian umum serta mampu mengundang kegusaran khususnya pada pengguna yang sering melalui lokasi kejadian,” tegas beliau.

Terdahulu, tular satu klip video berdurasi enam saat di laman Facebook memaparkan sebuah kereta berwarna putih dipandu laju di kawasan selekoh lalu terbabas dan merempuh penghadang jalan.

Klip video berkenaan menimbulkan pelbagai andaian di kalangan pengguna Facebook kerana ia sempat dirakam dan mendakwa kejadian itu seperti sudah dirancang oleh si perakam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI