fbpx

United perlu fokus kuatkan mentaliti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED mampu melepasi halangan Sevilla pada aksi separuh akhir Liga Europa awal pagi Isnin ini sekiranya semua pemain mempunyai mentaliti sama iaitu percaya mereka mampu layak ke final. – AFP

DUISBURG, Jerman – Tonggak Manchester United, Nemanja Matic percaya aspek mentaliti adalah kunci utama yang mampu membantu mereka menjuarai Liga Europa musim ini.

Selepas mengharungi musim yang cukup panjang, Matic mahu pasukan bersedia sepenuhnya menghadapi aksi separuh akhir Liga Europa menentang Sevilla di Stadion Rhein Energie pada awal pagi Isnin ini.

Kata Matic, mentaliti juara te­lah ditunjukkan oleh rakan-rakan sepasukan ketika menewaskan Copenhagen 1-0 pada saingan suku akhir sebelum ini.

“Kami semua berada dalam keadaan yang baik meskipun telah mengharungi musim yang cukup panjang. Kami bersedia daripada aspek fizikal untuk mengharungi perlawanan separuh akhir nanti.

“Saya mahu tekankan aspek mentaliti dan tumpuan harus diberikan oleh pemain sepanjang 90 minit perlawanan kerana apa sahaja boleh berlaku,” katanya.

Perkara tersebut dipersetujui pengendali The Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer yang percaya apabila pasukan lawan sudah penat daripada aspek mental dan fizikal, ketika itulah barisan pemain perlu memanfaatkan peluang.

“Saya jangkakan perlawanan yang sukar dan minit-minit terakhir perlawanan boleh dijadikan sebagai penentu. Justeru, siapa yang boleh mempunyai mentaliti kuat, sudah tentu mereka akan layak ke final,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI