fbpx

RON95 dan RON97 naik lima sen, diesel naik tiga sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 naik lima sen seliter iaitu RM1.68 seliter daripada RM1.63 seliter berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 20 Ogos depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, pada masa sama harga runcit petrol RON97 turut naik lima seliter iaitu RM1.98 seliter daripada RM1.93 seliter.

“Selain itu, harga runcit diesel pula naik tiga sen seliter iaitu RM1.82 seliter daripada RM1.79 seliter,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan berkata, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu ditetapkan menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kenaikan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

“Justeru kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI