fbpx

Gerai makan tidak letak tanda harga minuman dikompaun RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah gerai makan di Kepala Batas, Seberang Perai dikompaun RM1000 kerana tidak meletakkan tanda harga pada minuman.

SEBERANG PERAI – Sebuah gerai makan di Kepala Batas di sini dikompaun sebanyak RM1,000 hari ini kerana tidak meletakkan tanda harga bagi minuman yang dijual.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah Seberang Perai Utara, Kementerian, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Akram Karim Mohamad Arip berkata, serbuan kira-kira pukul 10 pagi ke atas kedai makanan dan minuman itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan orang ramai.

“Peniaga itu didapati gagal meletakkan tanda harga ke atas minuman yang dijual.

“Kompaun sebanyak RM1,000 dikenakan dan perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari selepas disiasat di bawah Perkara 3(1) Perintah Kawalan Harga (PHOPR) 1993,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, sepanjang tahun ini pihaknya telah memeriksa 4,181 premis perniagaan dan mencatatkan 72 kes daripada pelbagai akta yang dikuatkuasakan KPDNHEP. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI