fbpx
SITI NURHALIZA

Konsert maya Siti Nurhaliza dalam YouTube

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tidak keterlaluan jika pelancaran ManifestaSITI2020 oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza sejak 3 Julai lalu dilihat sebagai pemanas industri muzik Malaysia untuk kembali rancak.

Selepas suram dilanda situasi ketidaktentuan akibat serangan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang membantut aktiviti seni, kemunculan album penyanyi yang mesra disapa Tok Ti itu dihitung tepat pada waktunya.

Album yang mendapat makluman positif daripada pendengar muzik tempatan itu bukan sahaja mendapat sambutan hangat dalam platform digital malah album fizikalnya juga laris dijual.

KONSERT Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool secara langsung pada tempoh kini boleh menyaksikan video rakaman konsert tersebut yang akan dilancarkan dalam saluran YouTube Universal Music Malaysia pada 12 Ogos (Khamis) bermula pukul 7 pagi hingga 9 pagi.

 

Meneruskan momentum tersebut, penyanyi legenda negara itu turut menjayakan sebuah konsert interaktif dalam talian, Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool pada 21 Julai 2020 lalu.

Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool merupakan hasil kolaborasi antara Universal Music Malaysia dan Siti Nurhaliza Productions bersama stesen radio Hot FM dan Kool FM.

Konsert turut didukung oleh Unifi sebagai rakan penyiar rasmi dan Donna sebagai rakan media rasmi. Konsert yang menelan kos perbelanjaan hampir RM180,000.00 tersebut mengambil inspirasi daripada konsert dalam talian yang pernah dianjurkan di Korea Selatan dan Thailand sebelum ini.

Menggunakan aplikasi sidang video Zoom, konsert interaktif dalam paparan 360 darjah tersebut merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, sekali gus menjadikan Siti sebagai artis pertama yang terlibat dalam konsert dalam talian berskala besar.

“Konsert ini hanya memberikan akses terhad kepada 500 peminat terpilih menerusi peraduan yang dijalankan radio rasmi Hot FM dan Kool FM, rakan media Donna serta menerusi laman media sosial Siti dan Universal Music Malaysia.

“Biarpun peraduan tersebut mendapat sambutan hangat peminat, tetapi disebabkan kekangan jumlah maksimum penonton yang dibenarkan Zoom, kami memilih 500 orang sahaja.

“Catatan tersebut masih boleh disifatkan berskala besar kerana kejayaan memaksimumkan jumlah penonton untuk konsert dalam talian sebegini boleh diumpamakan seperti berjaya memenuhkan satu panggung,” jelas Ketua Pemasaran Domestik Universal Music Malaysia, Anne Mukhtar.

Ketua Program Hot FM, Ainul Farhana Razali pula berkata, konsert maya Manifestival Siti Nurhaliza telah memberi satu pengalaman baharu kepada penonton dan pendengar Hot FM dalam dunia digital.

Peminat yang bertuah dapat berinteraksi bersama penyanyi nombor satu Malaysia itu walaupun tidak berada secara fizikal dalam sebuah dewan.

Idea Konsert maya seperti ini mungkin boleh diteruskan lagi bertepatan dengan kemajuan teknologi digital masa kini.

Manakala Ketua Program Kool FM, Raja Khairil Idris Raja Aznan pula menjelaskan, Kool FM telah memberi sebanyak 32 pautan akses sebagai hadiah kepada pendengar bertuah bagi menyaksikan konsert Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool secara maya. Sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Mengulas tentang matlamat dan pengalaman menjayakan konsert interaktif berkenaan, pendekatan sebegitu merupakan kesinambungan daripada aktiviti promosi album ManifestaSITI2020.

“Ini pengalaman baharu saya dalam menjayakan sebuah konsert maya yang bersifat interaktif, peminat bukan sekadar boleh menonton persembahan saya dari rumah tetapi mereka juga berpeluang berinteraksi dengan saya.

“Saya berasa sangat berpuas hati kerana dapat menghiburkan para peminat yang terpilih di layar Zoom dan ini mendekatkan kami walaupun Malaysia masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” kata Raja Khairil.

Peminat yang ketinggalan menyaksikan konsert Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool secara langsung pada tempoh kini boleh menyaksikan video rakaman konsert tersebut yang akan dilancarkan dalam saluran YouTube Universal Music Malaysia pada 12 Ogos (Khamis) bermula pukul 7 pagi hingga 9 pagi.

BERITA BERKAITAN