fbpx

DNA sah tulang wanita warga Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANNA Jenkins

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan ke atas tulang manusia yang ditemui di kawasan hutan tepi Race Course, Jalan Batu Gantung di sini pada 24 Jun lalu sah milik wanita warga Australia, Anna Jenkins.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, hasil ujian perbandingan DNA antara sampel tulang dan anak lelaki wanita terbabit menunjukkan keputusan positif.

“Anak lelaki kepada orang hilang tersebut telah hadir ke Pulau Pinang untuk tindakan ujian DNA. Bagaimanapun, pada 7 Ogos lalu, polis telah menerima keputusan ujian DNA dan didapati sama.

“Pasukan Forensik di Bukit Aman akan menjalankan siasatan secara terperinci dan mengesan barang kes yang mungkin ada di lokasi kejadian pada 12 Ogos ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

Pada 14 Disember 2017, polis telah menerima satu laporan kehilangan Jenkis oleh suaminya setelah mendapati wanita terbabit tidak pulang ke bilik hotel selepas mendapatkan rawatan pergigian sehari sebelum itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI