fbpx

Lebih 500 ahli Bersatu Kota Raja keluar parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahul (dua dari kiri) bersama ahli Bersatu Kota Raja mengumpulkan baju T parti itu untuk dilupuskan sebagai simbolik kesemua mereka keluar dari parti.

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM – Lebih 500 ahli termasuk pimpinan di peringkat bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kota Raja keluar parti hari ini.

Jurucakap kumpulan tersebut, Shahul Hameed Abdul Wahab berkata, keputusan tersebut diambil berikutan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Bersatu di peringkat pusat.

“Sebahagian besar akar umbi melibatkan cawangan Bersatu di Kota Raja keluar parti disebabkan tidak yakin lagi dengan kepimpinan sedia ada dan mengingkari mandat rakyat yang diberikan.

“Kepimpinan juga dilihat tidak menghormati Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berprinsip dan bersekongkol dengan parti lain yang sebahagiannya dibarisi oleh mereka yang kleptokrat,” katanya.

Shahul berkata demikian dalam sidang akhbar Bersatu Bahagian Kota Raja beramai-ramai bersama AJK Bahagian anjuran Calon Ketua Bersatu Bahagian Kota Raja bertempat di Dewan Orang Ramai Zon B , Taman Sri Muda Shah Alam.

Menurut Shahul, pihaknya juga berikrar akan sentiasa menyokong perjuangan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam arena politik di negara ini.

“Kami berikrar akan menyokong dan berhasrat untuk menjadi ahli politik yang bakal ditubuhkan Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya.

Terdahulu, beberapa bahagian Bersatu di negeri ini terbubar apabila sebahagian besar ahli termasuk pimpinan bahagian parti tersebut mengambil keputusan meninggalkan parti sejak semalam.

Sementara itu, Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari dalam kenyataan melalui aplikasi WhatsApp menjelaskan pihaknya akan mengadakan sidang akhbar esok. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI