fbpx

JKM Perlis sedia untuk tambahan bantuan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan JKM Perlis memasuki kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sanglang bagi menyalurkan bantuan makanan.

Oleh NUR NAZLINA NADZARI

KANGAR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis bersedia untuk menyalurkan tambahan bantuan makanan ke kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sanglang di sini.

Timbalan Pengarahnya, Che Ahmad Che Noor berkata, pihaknya akan menunggu keputusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekiranya memerlukan penambahan barangan makanan untuk penduduk.

“Hari ini JKM bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan sukarelawan telah menghantar sebanyak 75 bungkusan makan.

“Fokus pada hari ini adalah menghantar bantuan makanan kepada Kampung Tanah Timbul dan esok pengagihan akan dibuat mengikut keperluan yang dimaklumkan KKM,” katanya ketika ditemui di hari ini.

Kata beliau, pihaknya bersama sukarelawan dan MAIPs akan terus memberi bantuan terutamanya kepada dua buah kampung yang terlibat dengan PKPD iaitu Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul.

“Penduduk di dua kampung ini dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak tersebut,” tambahnya.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI