fbpx

Raja pecut Asia Tenggara idam layak ke Sukan Olimpik Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAIQAL (kanan) tetap memasang impian untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo pada tahun depan meskipun sedar peluangnya amat tipis.

PELARI pecut negara, Muhammad Haiqal Hanafi sedar peluangnya cukup tipis untuk layak ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun walaupun temasya berprestij dunia itu ditunda ke tarikh 25 Julai hingga 7 Ogos tahun depan disebabkan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, raja pecut Asia Tenggara itu tetap berusaha sedaya upaya untuk mencapai impian berkenaan sekali gus muncul atlet pecut lelaki negara pertama layak ke Olimpik dalam tempoh 16 tahun.

“Atlet olahraga sebelum ini cuma buat latihan statik untuk tingkatkan kekuatan (otot) dan dari segi endurance (ketahanan) pula tidak dapat dilakukan sewaktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) sebelum ini.

“Peluang untuk layak sebenarnya agak tipis tetapi tidaklah mustahil. Andai kata saya layak ke Sukan Olimpik, itu adalah rezeki saya sebab kalau kita mahukan sesuatu, kita akan cuba berusaha mendapatkannya,” katanya.

Haiqal, 21, mempunyai rekod peribadi 10.35 saat (s) dalam acara 100 meter (m) dan 21.20s untuk 200m tetapi catatan untuk kedua-dua acara itu dilihat masih jauh dengan had kelayakan yang ditetapkan Olahraga Dunia.

Untuk layak ke Sukan Olimpik 2020, pemenang pingat emas Sukan SEA Manila 2019 itu perlu melepasi catatan masa 10.05s untuk 100m dan 20.24s bagi 200m.

Kali terakhir atlet Malaysia bersaing dalam acara 100m di pentas Sukan Olimpik ialah Watson Nyambek sewaktu edisi 2000 di Sydney, Australia yang menyaksikan legenda pecut negara itu terkandas di peringkat saringan.

Bagi acara 200m pula, Nazmizan yang juga bekas raja pecut Asia Tenggara 2003, mengalami nasib sama dengan Watson apabila gagal melepasi peringkat sa­ringan pada edisi 2004 di Athens, Greece.

Sebagai rekod, ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli adalah atlet wanita terakhir negara yang membuat penampilan dalam Sukan Olimpik selepas mendapat tiket wild card untuk acara 100m di Rio de Janeiro, Brazil pada 2016. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI