fbpx
Gambar hiasan

20,297 pendatang tanpa izin dihantar pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seramai 20,297 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di depot-depot imigresen telah dihantar pulang ke negara masing-masing bermula awal Januari hingga 24 Julai tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, mereka termasuk 5,613 rakyat Indonesia, 3,990 rakyat Myanmar dan 2,664 rakyat Bangladesh.

“Tindakan pengusiran dan penghantaran pulang ini bagi membendung isu jumlah golongan berkenaan dalam negara,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja bagi Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melaksanakan 4,400 operasi dan menahan 18,092 PATI bermula Januari hingga 23 Julai lalu.

Menurut beliau, tindakan itu turut bertujuan menyelesaikan isu keberadaan PATI selain memperkukuh kawalan kemasukan rakyat asing melalui kawalan dan saringan yang ketat.

Jelas beliau, pegawai JIM diberi kuasa menyemak kesahihan dokumen perjalanan, pas atau permit, tujuan kemasukan dan sejarah kemasukan sebelum menentukan tempoh rakyat asing boleh berada di Malaysia. – K! ONLINE