fbpx

Warisan, PH dan UPKO dijangka umum calon minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shafie (tengah) selepas mempengerusikan Mesyuarat Antara Warisan, PH dan UPKO di Kota Kinabalu hari ini.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Senarai calon bagi Parti Warisan Sabah (Warisan) bersama sekutunya, Pakatan Harapan (PH) dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan dimuktamadkan minggu depan.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, mesyuarat yang berlangsung hari ini membabitkan tiga parti itu ialah bertujuan membincangkan beberapa perkara utama termasuklah mengenai calon dan pengagihan kerusi.

Beliau berkata, Warisan dan sekutunya sudah bersedia menghadapi parti lawan dalam memastikan kemenangan dalam pilihan raya.

“Segala proses berkaitan sedang dilakukan ketika ini. Oleh itu, penting untuk kita memuktamadkannya dalam masa terdekat.

“Bagaimanapun, pemilihan calon bersesuaian lebih penting berbanding siapa calon serta pengagihan kerusi kerana ia perkara kebiasaan menjadi tuntutan serta kehendak dari setiap parti,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Antara Warisan, PH dan UPKO di ibu pejabat Warisan hari ini.

Sementara itu, Mohd Shafie menyatakan pihaknya masih melihat samaada Warisan bakal bertanding bagi semua 73 kerusi dalam PRN.

“Sudah menjadi amalan ada perkongsian dan kerjasama bersama rakan sekutu seperti Parti Tindakan Demokratik, Parti Keadilan Rakyat, Parti Amanah Negara dan UPKO,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI