fbpx

20 kawasan di Gombak alami gangguan air 25 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Air Selangor memaklumkan bahawa 20 kawasan di daerah Gombak akan terjejas selama 25 jam.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 20 kawasan sekitar Gombak akan mengalami gangguan air berjadual untuk tempoh 25 jam bermula pada 11 hingga 12 Ogos ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, gangguan tersebut berlaku berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Gombak akan dihenti tugas sementara untuk kerja penambahbaikan dan penggantian aset kritikal di LRA terbabit.

“Gangguan itu melibatkan kawasan sekitar Batu 8, Batu 9, dan Batu 10 Jalan Gombak; Taman Permai Jaya; Kampung Sungai Salak; British Malaysian Institute; Sekolah Al-Amin; International Islamic School; Kolej Vokasional Gombak dan Sekolah Integrasi Gombak.

“Turut terjejas adalah kawasan sekitar Taman Mutiara; Kampung Sungai Cincin; Kampung Tengah Gombak; Kampung Sungai Pusu; Villa Bistari, Desa Gemilang, Universiti Islam Antarbangsa Malaysia; Apartment UIA, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan Hospital JHEOA,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, perlaksanaan kerja-kerja penggantian dan penambahbaikan aset di LRA itu akan membolehkan loji beroperasi dengan lebih cekap dan memastikan semua peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI