fbpx

Shereen positif perbaiki teknik larian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHEREEN (kanan) hanya boleh menyertai pertandingan dalam dewan selepas pertandingan melibatkan trek balapan dan padang di AS dibatalkan tahun ini. – FOTO WINONA STATE WARRIORS

ATLET olahraga wanita negara, Shereen Samson Vallabouy akan lebih memberikan tumpuan untuk kejohanan dalam dewan memandangkan semua pertan­dingan melibatkan trek balapan dan padang di Amerika Syarikat (AS) dibatalkan tahun ini.

AS adalah negara paling teruk terkesan wabak Covid-19 apabila merekodkan 156,000 kematian daripada 4.64 juta jumlah jangkitan setakat pukul 3 petang semalam.

Atlet berusia 23 tahun itu tidak dapat pulang ke tanah air memandangkan kelas pengajiannya di Universiti Winona, Minnesota akan kembali diteruskan bulan ini.

“Kalendar olahraga luar dewan (outdoor) untuk tahun ini semuanya dibatalkan. Saya cuma boleh menyertai pertandingan-pertandingan dalam dewan selepas ini.

“Memang ada rasa terjejas tetapi saya mengambil situasi ini secara positif dan berusaha memperbaiki teknik larian untuk masa depan. Saya harap dapat buat yang lebih baik untuk outdoor tahun depan,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Keputusan pelari 400 meter (m) negara itu menyambung pe­ngajiannya di Universiti Winona sejak awal tahun lepas telah menampakkan peningkatan positif apabila dia berjaya memperbaharui rekod peribadi dalam acara 100m dan 200m.

Pemenang dua pingat gangsa Sukan SEA itu mencatat 11.89 saat (s) untuk 100m dan 24.63s bagi acara 200m sewaktu menyer­tai Kejohanan Olahraga Jemputan Ashton May di La Crosse, Winona pada April tahun lalu.

Sebagai info, Shereen adalah anak kepada pasangan bekas atlet olahraga, Samson Vallabouy yang pernah memenangi tiga pingat emas Sukan SEA dan Josephine Mary Singarayar pula masih memegang rekod 800m wanita kebangsaan sejak 1986. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI