fbpx

Maya tutup kedai burger bakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maya Karin

KUALA LUMPUR – Aktres Maya Karin memberitahu beliau tidak lagi terlibat dengan perniagaan berkaitan burger bakar kerana tidak mahu dimanipulasi oleh mana-mana pihak.

Maya atau nama sebenarnya, Maya Karin Roelcke, 41, berkata, operasi perniagaannya yang mempunyai dua cawangan di Sungai Penchala, Selangor dan Manjalara, Kepong sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilancarkan telah ditutup secara rasmi semalam.

Menurut pelakon yang ter­kenal menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam itu, projek burger ini bermula pada musim PKP.

“Saya ingin mengembangkan perniagaan saya, namun ada pihak mengambil kesempatan.

“Ia menjadi sebab saya terus tutup kedai. Saya hargai setiap sokongan semua pihak,” kongsi­nya di Instagram.

Jelas Maya, dia tidak lagi terlibat dengan mana-mana perniagaan terbabit bermula semalam.

“Dengan itu, saya tidak lagi terlibat dengan mana-mana jenama burger ini,” katanya yang sempat menderma burger terakhir kepada penghuni Maahad Tahfiz Lil Atyam di Sungai Buloh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI