fbpx

Mas Khan peluk siapa tu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI mesra Mas Khan bersama seorang wanita di atas kapal persiaran menarik perhatian ramai.

Ketika Diva ralit layan gambar menarik dalam Instagram, tiba-tiba mata tertancap pada sekeping gambar daripada akaun Instagram milik pelakon Mas Khan.
Sekali imbas nampak seperti gambar biasa tetapi selepas dua kali melihatnya, baru perasan ada bibit kemesraan di situ.
Dalam gambar itu, Mas Khan dilihat memeluk seorang wanita berstatus VIP iaitu anak perempuan kepada salah seorang tokoh perniagaan terkenal suatu ketika dahulu. Setahu Diva, wanita itu juga janda anak tiga.
Kata teman Diva, Cik Green Mama Lopita, Mas Khan dan wanita itu bukan main rapat lagi, selalu juga keluar berdua.
Dengarnya, baru-baru ini Mas Khan dan wanita itu juga bercuti bersama ditemani beberapa teman rapat di sebuah pulau peranginan terkenal.
Sambut hari jadinya katanya. Kalau benar bagai dikata, okey apa. Harap berpanjanganlah kali ini ya Mas!

DIVA: Betul ke Neelofa dan PU Riz memang bercinta dan bakal berkahwin pada tahun depan?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI