fbpx

Azwanddin letak jawatan Presiden JMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azwanddin (kiri) dan Azlan (kanan) sambil diperhatikan Timbalan Presiden JMM, Omar Saleh (tengah) sebagai simbolik penyerahan tugas di Kelab Shah Alam, Shah Alam, hari ini.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Datuk Azwanddin Hamzah secara rasmi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berkuat kuasa hari ini.

Jawatan yang dipegang beliau selama 12 tahun itu diserahkan kepada Ahli Majlis Tertinggi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut, Azlan Johar.

Azwanddin berkata, keputusan itu dibuat dalam tempoh dua bulan selepas meneliti beberapa perkara terutama hala tuju dan masa depan JMM.

“Bagi saya, sudah tiba masanya untuk berundur dan memberi kepercayaan kepada kepimpinan baharu selepas mengemudi NGO ini sejak 2008.

“Peletakan jawatan ini juga menjadi mesej kepada parti politik supaya turut menyerahkan ‘baton’ kepada muka baharu terutama golongan muda,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di Kelab Shah Alam di sini, petang tadi.

Menurut beliau, tindakannya itu bukan kerana sudah lali dan takut untuk terus memperjuangkan hak dan suara masyarakat Melayu.

“Saya bukan ingin lari daripada perjuangan namun mempunyai agenda yang lebih besar selepas ini,” katanya yang belum memutuskan untuk menyertai mana-mana politik.

Dalam pada itu, Azlan, 57, yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan berkata, dia amat menghargai kepercayaan yang diberikan jawatan kuasa khas JMM.

“Saya akan memikul amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin termasuk melakukan jelajah di seluruh negara selepas berakhir tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kelak,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI