fbpx

Aubameyang wira Arsenal julang Piala FA ke-14

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pierre-Emerick Aubameyang muncul wira apabila meledak dua gol ketika membantu Arsenal bangkit daripada ketinggalan sekali gus menewaskan Chelsea 2-1 untuk menjulang Piala FA kali ke-14 awal pagi tadi.

Pada aksi di Stadium Wembley tanpa penonton itu, Chelsea bermula garang apabila mendahului perlawanan 1-0 menerusi jaringan Christian Pulisic seawal minit kelima.

Bagaimanapun, Aubameyang berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan penalti selepas pemain pertahanan Chelsea, Cesar Azpilicueta mengasari penyerang antarabangsa Gabon itu dalam kotak penalti pada minit ke-28.

Aubameyang sekali lagi menjadi watak utama kemenangan The Gunners apabila berjaya memperdaya pemain pertahanan Chelsea, Kurt Zouma untuk meledak gol kedua Arsenal pada minit ke-67.

Sementara itu, percubaan Chelsea untuk bangkit bertambah sukar apabila pemain tengah, Matteo Kovacic dilayangkan kad merah oleh pengadil, Anthony Taylor kerana mengasari Granit Xhaka pada minit ke-73.

Kemengan tersebut merupakan kejayaan besar buat pengendali, Mikel Arteta yang bukan sahaja meraih trofi sulung bahkan berjaya membawa The Gunners ke saingan Liga Europa musim depan.

“Ia aksi yang sukar apabila dibolosi seawal permainan. Namun, apa yang saya tahu tentang pemain saya adalah mereka tidak akan berputus asa.

“Kami mungkin bermain bola sepak terbaik dalam tempoh 30 minit sejak saya tiba di Arsenal. Saya juga sangat bangga dan gembira dengan kejayaan pemain dan kelab ini.

“Ia juga kejayaan berganda buat kami. Amat penting buat kelab ini untuk beraksi di pentas Eropah. Kami semua berjaya melakukannya dan saya sangat gembira,” kata Arteta yang mula mengendali Arsenal sejak Disember 2019. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI