fbpx
Suspek (tengah) yang mencabul serta memuat naik gambar kemaluan kanak-kanak direman lima hari bermula hari ini di Mahkamah Kangar.

Bapa saudara durjana ditahan

  • Oleh KOSMO!
  • 1 Ogos 2020, 2:50 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh NUR NAZLINA NADZARI

KANGAR – Nafsu serakah mengatasi kewarasan seorang lelaki apabila sanggup memuat naik gambar kemaluan anak saudaranya di status aplikasi WhatsApp untuk tontonan umum dekat sini semalam.

Suspek memuat naik status gambar lucah tersebut kira-kira pukul 2.07 pagi.

Terdahulu, penoreh getah berusia 57 tahun itu datang ke rumah kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun tersebut pada Ahad lalu ketika ibu mangsa berusia 38 tahun tiada di rumah sebelum mencabul dan meminta mangsa memegang kemaluannya sebelum beredar.

Kejadian itu hanya disedari ibu mangsa kira-kira pukul 12.07 tengah hari semalam apabila rakannya meminta melihat status WhatsApp suspek yang memuat naik gambar lucah tersebut.

Pengadu mengenal pasti mangsa dalam gambar tersebut berdasarkan pakaian yang dipakainya dan kemudian mengesahkan dengan anaknya bahawa perkara tersebut memang berlaku.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat oleh ibu mangsa pada hari sama untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, tangkapan terhadap suspek dilakukan pada pukul 4.15 petang semalam.

“Hasil semakan daripada telefon bimbit yang dirampas daripada suspek, terdapat gambar kemaluan mangsa di dalam galeri telefon tersebut,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 5/ Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sementara itu, Majistret Kamaliza Md. Zain membenarkan reman ke atas tertuduh selama lima hari bermula hari ini. – K! ONLINE