fbpx

SPR terima pemakluman rasmi pembubaran DUN Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman secara rasmi daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam berhubung pembubaran DUN Sabah penggal ke-15.

Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak berkata, berdasarkan Perkara 21 (4) Perlembagaan Negeri Sabah, pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran itu.

“Justeru itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan pilihan raya tersebut.

“Tarikh mesyuarat berkenaan akan dimaklumkan kemudian oleh pihak SPR,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI