fbpx

826 orang masuk hospital angkara kebab tercemar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki menyediakan hidangan kebab di sebuah restoran di Kuwait pada 24 Disember 2017. – AFP

AMMAN, JORDAN – Keracunan makanan di Jorban menjadi punca lebih 800 orang jatuh sakit dan seorang kanak-kanak maut, kata kementerian kesihatan kelmarin.

Insiden berlaku selepas mereka makan kebab tempatan dikenali sebagai shawarma berharga murah yang dibeli di sebuah restoran di luar Amman.

Media tempatan melaporkan, pemilik restoran yang terletak di daerah Baqa’a itu telah ditangkap.

“Seorang budak lelaki berumur lima tahun meninggal dunia akibat keracunan teruk,” kata kementerian berkenaan dalam satu kenyataan.

Menteri Kesihatan, Saad Jaber kemudian berkata, seramai 826 orang telah dimasukkan ke hospital sejak kes pertama dikesan petang Isnin lepas.

“Setakat ini, sejumlah 321 pesakit masih berada di hospital.

“Semua mereka dalam keadaan stabil melainkan empat kes yang dirawat di unit rawatan rapi,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, kementerian sama menyatakan bahawa ujian makmal mendapati daging lembu dan ayam dalam hidangan itu dicemari bakteria.

Restoran tersebut menawarkan hidangan shawarma pada harga satu dinar Jordan (RM5.90) atau separuh harga biasa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI