fbpx
Shafie pada sidang akhbar sebentar tadi.

[VIDEO] DUN Sabah dibubarkan hari ini

  • Oleh KOSMO!
  • 30 Julai 2020, 2:07 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan berkuatkuasa hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membuat mengumuman berkenaan ketika sidang akhbar khas di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah sebentar tadi.

“Pembubaran ini sudah dipersetujui oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

“Saya sudah bertemu dengan Tun pagi ini bagi meminta perkenan untuk pembubaran.

“Atas kuasa Tun mengikut Perlembagaan Sabah, beliau bersetuju mengenainya,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shafie menyatakan beliau masih sah bergelar Ketua Menteri sehingga pengumuman tarikh hari mengundi.

Beliau menyatakan hari mengundi bakal ditentukan dalam masa 60 hari daripada tarikh pembubaran DUN. – K! ONLINE