fbpx

Beri sokongan tapi tidak akan sertai PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – UMNO tetap menyokong kerajaan Pakatan Nasional (PN), namun tidak akan menyertai parti itu sekiranya didaftarkan secara rasmi di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kelak.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini adalah hanya berlandaskan sokongan ahli Parlimen dan ahli dewan undangan negeri (ADUN) UMNO serta Barisan Nasional (BN) dalam pembentukan kerajaan pusat dan negeri.

“Muhyiddin dalam pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen BN tengah hari semalam di bangunan Parlimen telah menyatakan hasrat Bersatu untuk menyertai Muafakat Nasional (MN). Hasrat Bersatu ini akan dibincangkan dengan pihak Pas untuk diperhalusi,” katanya katanya ketika sidang akhbar ringkas di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini sebentar tadi.

Katanya, Jawatankuasa Induk MN sebelum ini telah memutuskan untuk UMNO dan Pas memberi keutamaan bagi memperkukuhkan MN.

Sementara itu, ditanya mengenai adakah keputusan yang dibuat berikutan sabitan salah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa lalu, Ahmad Zahid enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu sebaliknya menyerahkan kepada pihak media untuk membuat rumusan.

“Terpulang kepada media untuk merumuskannya,”katannya.

Semalam media melaporkan, dakwaan bahawa UMNO mahu keluar daripada Perikatan Nasional (PN), tiada dibincangkan dalam pertemuan tertutup bersama Muhyiddin.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen PN (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim, mengesahkan perkara itu tidak dibangkitkan dalam pertemuan tersebut, selain menyifatkannya sebagai dakwaan jahat dan pembohongan pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, pertemuan tertutup itu hanya membincangkan isu memperkukuh gabungan PN dan perihal sidang Dewan Rakyat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI