fbpx

AADK Selangor pantau pemandu tiga terminal bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nazira (tengah) bersama Mohamad Hafiz (kanan) melakukan pemeriksaan ke atas seorang pemandu bas di Terminal Bas Seksyen 17, Shah Alam, malam tadi

MOHAMAD NAUFAL BIN MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM- Semua pemandu bas terutama di tiga buah terminal di negeri ini akan disaring ujian air kencing bagi memastikan bebas daripada penyalahgunaan dadah sepanjang musim cuti Aidiladha ini.

Tiga terminal bas itu di Seksyen 17, Shah Alam, Kajang dan Klang Sentral.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor, Dr. Nazira Sadiron berkata, operasi kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu dilaksanakan selama empat hari iaitu semalam dan hari ini serta 4 dan 5 Ogos depan.

Katanya, seramai 48 anggota AADK dan 180 anggota JPJ yang akan terlibat dalam operasi tersebut.

“Malam ini, seramai 54 pemandu telah diperiksa dan kesemuanya didapati negatif ujian dadah.

“Kita mengambil berat akan ujian ini bagi memastikan pemandu berada dalam keadaan terbaik seterusnya mampu mengurangkan kemalangan jalan raya,” katanya ketika ditemui dalam operasi di Terminal Bas Seksyen 17 di sini malam tadi.

Sementara itu, Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Selangor, Mohamad Hafiz Usman menegaskan rondaan akan dilakukan di lebuh raya utama seluruh negeri berserta pemeriksaan rambang terhadap bas ekspres. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI