fbpx

Pengantin lelaki beri mas kahwin 29 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LALU (kanan) menyerahkan mas kahwin sebanyak 1,000 rupiah (29 sen) kepada Widya. – SUARA.COM

JAKARTA, INDONESIA – Sepasang pengantin selamat diijabkabul dengan mas kahwin sebanyak 1,000 rupiah (29 sen) di sebuah kampung di Lombok, Nusa Tenggara Barat baru-baru ini.

Menurut portal Suara.com, rakaman video majlis pernikahan pasangan tersebut yang dimuat naik di laman Instagram menyaksikan pengantin lelaki, Lalu Fahrurrozi, 24, melafazkanakad nikah sambil diperhatikan ahli keluarga.

Lalu yang mengenakan jaket hitam pada awalnya kelihatan gugup di hadapan tetamu dan anggota keluarga.

Dia melafazkan akad nikah sebanyak dua kali sebelum mereka disahkan sebagai pasangan suami dan isteri.

“Aku terima nikahnya Widya Wati dengan mas kawin sebanyak seribu rupiah,” kata Lalu dalam video berkenaan.

Video tular berkenaan mendapat perhatian netizen yang pelik dengan jumlah mas kahwin diberikan Lalu kepada isterinya yang dianggap terlalu murah.

“Mas kahwin ini sebagai syarat sahaja, tetapi sebenarnya rumah dan tanah sudah diberi sebelum ini,” kata seorang netizen.

“Mengapa tidak diberikan set kelengkapan solat sahaja? Kelakar dan pelik betul jumlah mas kahwinnya. Wanita yang baik memang meringankan mas kahwin, tapi lelaki yang baik juga perlu menyediakan mas kahwin yang sebaik-baiknya,” kata seorang lagi netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI