fbpx

Bicara Rasa diberi nafas baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muzik video rasmi Satu Di Hati boleh mula ditonton di laman YouTube Rusa Music bermula pukul 5 petang hari ini.

KUALA LUMPUR- Single duet dua penyanyi muda, Sarah Suhairi dan Arif Bahran yang bertajuk Bicara Rasa telah diberi nafas baharu sempena menyambut kedatangan Hari Raya Aidiladha pada 31 Julai ini.

Single yang diberi nama Satu Di Hati ini diolah semula oleh Al-Farouq dan Indah bagi menyerlahkan melodi lagu ketuhanan.

Bait-bait lirik Satu Di Hati berkisarkan tentang harapan seseorang untuk dijemput dan diterima menjadi tetamu Allah untuk ke Tanah Suci Mekah.

Penyampaian mesej sebegini daripada dua anak muda menjadikan ia lebih senang diterima oleh pendengar daripada generasi baharu masa kini.

Menariknya, jalan cerita di dalam muzik video Satu Di Hati merupakan kesinambungan
kepada jalan cerita di dalam muzik video lagu asal iaitu Bicara Rasa yang menceritakan tentang percintaan dua hati yang terpisah oleh jarak.

Dalam pada itu, Sarah meluahkan rasa teruja menanti sambutan peminat terhadap Satu Di Hati kerana ini merupakan kali pertama dia membawakan genre lagu islamik.

“Saya berharap peminat yang menyukai lagu Bicara Rasa akan turut menyokong Satu Di Hati kerana lenggok muziknya sama cuma liriknya yang lebih menyentuh hati.

“Jika muzik video Bicara Rasa di YouTube mencecah 6.5 juta, saya teringin melihat Satu Di Hati menandingi jumlah tersebut,”katanya lagi.

Muzik video rasmi Satu Di Hati boleh mula ditonton di laman YouTube Rusa Music bermula pukul 5 petang hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI