fbpx

UMNO akan tolong Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – UMNO akan cuba melakukan sesuatu di dalam usaha untuk membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak parti berkenaan akan mengadakan perbincangan nanti.

“Ini bukan pengakhiran dunia, maka tentunya kami (UMNO) akan cuba sedaya upaya untuk menolong.

“Semua keputusan akan dibincnagkan kelak, pada masa sama sebagai sahabat saya berasa simpati dan amat sedih sangat dengan keputusan yang telah dibuat mahkamah tadi,” ketika ditemui pemberita di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.

Namun, beliau menjelaskan, bagi pihak UMNO beliau akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah terhadap Najib. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI