fbpx

Covid-19, keluarga Bachchan stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amitabh Bachchan bersama ahli keluarganya.

Pelakon popular, Amitabh Bachchan menafikan laporan yang mendakwa dirinya sudah bebas daripada Covid-19.

Menerusi satu kemas kini dalam laman Twitter, pelakon Kabhi Khusi Khabie Gham itu berkata, dakwaan yang mengatakan ujian swab ke atasnya didapati negatif dan akan dibenarkan pulang tidak lama lagi, tidak benar.

“Ini satu penipuan dan fitnah yang sangat besar. Kami semua masih bawah pemantauan doktor dan menjalani rawatan seperti biasa,” tegasnya yang dirawat di Hospital Swasta Nanavati, Mumbai.

Menurut sumber, empat sekeluarga termasuk Abhishek Bachchan, Aishwarya Rai Bachchan dan Aaradhya Bachchan memberikan tindak balas positif terhadap semua rawatan yang diberikan pihak hospital.

“Amitabh dan Abhishek okey, manakala Aishwarya mengalami sedikit gejala batuk tetapi mereka stabil,” kata sumber tersebut.

Amitabh dan Abhishek dikejarkan ke hospital pada 11 Julai selepas disahkan positif Covid-19. Aishwarya dan anaknya pada mulanya memilih untuk menjalani proses kuarantin di rumah tetapi dimasukkan ke hospital sama pada malam 17 Julai setelah mengadu sukar bernafas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI