fbpx

680 orang kluster Sentosa telah dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 680 orang melibatkan kluster Sentosa di daerah Kuching, Sarawak telah dikenal pasti dan disaring setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 21 kes didapati positif Covid-19 manakala 587 adalah negatif dan 72 lagi sedang menunggu untuk menjalani ujian.

“Pengesanan kes secara aktif dan kontak rapat masih lagi diteruskan,” katanya di Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Chong Chieng Jen (Stampin-PH) yang ingin kerajaan menyatakan pelan untuk menangani isu peningkatan kes Covid-19 di Kuching terutamanya kluster Sentosa yang melibatkan kakitangan hospital kerajaan dan petugas barisan hadapan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI